Dog Monitor Buddy & Pet Cam

Dog Monitor Buddy & Pet Cam

  • Versi Terbaru
  • Master App Solutions

Tentang aplikasi ini

Pemantau haiwan peliharaan pintar untuk pemilik haiwan peliharaan moden

Buddy: Dog Monitor & Pet Cam aplikasi pengasuh pemilik haiwan kesayangan yang boleh dipercayai semua pemilik.

Anda boleh awasi si manja dengan mudah semasa jauh dari rumah. Ia cara paling mudah untuk kekal berhubungnya. Gunakan dua peranti - satu pada haiwan kesayangan di rumah, dan satu lagi di poket anda. Ubah telefon anda sebagai pemerhati si manja melalui aplikasi Dog Monitor.

CIRI-CIRI:
- Video & audio strim langsung
- Penglihatan malam
- Audio dua hala
- Pengesan Pergerakan & Bunyi
- Notifikasi Pintar
- Jangkauan Tanpa Had (berfungsi di WiFi, 3G, 4G, 5G, LTE)
- Satu Langganan & Berbilang Pemerhati Binatang
- Zum masuk / keluar

JAM TANGAN HAIWAN PINTAR DI POKET ANDA
Anda hanya perlu hubungkan dua atau lebih peranti dan ubah menjadi kamera haiwan. Tidak kisah jarak - apl berfungsi pada WiFi, 3G, 4G, 5G dan LTE untuk di hubungkan dengan si manja, di mana pun anda berada.

STRIM LANGSUNG & SAMBUNGAN AUDIO
Nikmati strim HD penuh si manja di mana sahaja, pada bila-bila masa. Ia menggunakan teknologi paling moden bagi pemantauan video strim langsung yang jelas. Anda akan dengar setiap salakan, meow yang dibuat oleh anjing atau kucing anda.

PENGESAN GERAKAN & BUNYI
Laraskan sensitiviti hingar melalui tetapan aplikasi. Anda akan terima notifikasi jika si manja terlalu bising. Untuk membiasakan diri dengan perlakuannya, anda turut boleh gunakan fungsi pengesanan Gerakan. Anda akan di maklumkan setiap kali si manja aktif.

NOTIFIKASI PINTAR
Laraskan sensitiviti hingar di tetapan aplikasi. Anda akan terima notifikasi setiap kali bunyi dalam bilik melepasi ambang yang ditetapkan. Jika anda pilih untuk mematikan kamera pemerhati si manja, anda masih akan dimaklumkan jika anjing anda mula menyalak.

KERISAUAN BERJAUHAN BUKAN LAGI MASALAH
Adakah si manja anda merindui anda? Berinteraksi dengannya melalui fungsi audio dua hala. Klik pada ikon mikrofon untuk bercakap dengan si manja kesayangan. Anda juga boleh menjeritkan arahan seperti "Berhenti menyalak!" atau menenangkan anak anjing atau anak kucing anda.

BERBILANG HAIWAN & BERBILANG PEMERHATI HAIWAN
Jika anda ada banyak haiwan peliharaan dan ingin pantau dengan Dog Monitor, ia lebih mudah dari yang anda sangkakan. Aplikasi ini membolehkan tontonan empat haiwan peliharaan sekaligus. Dengan hanya satu langganan, berbilang peranti pemilik boleh di hubung agar setiap ahli keluarga boleh menyaksikannya secara serentak.

PILIH TETAPAN PEMANTAUAN ANDA SENDIRI
Dengan aplikasi Dog Monitor, anda boleh ubah suai cara pemantauan dengan mudah. Ia membolehkan anda memantau si manja walaupun semasa melayari suapan media sosial anda. Fungsi gambar dalam gambar memudahkan pemantauan setiap hari. Anda boleh zum skrin untuk lihat si manja dengan lebih dekat.

PENGLIHATAN MALAM
Usah risau jika di luar mulai gelap. Anda masih boleh menonton si manja, terima kasih pada rejim penglihatan malam. Aplikasi akan menukar pencahayaan secara bebas dan bertukar ke mod penglihatan malam.

MUDAH DI PASANG & DIGUNAKAN
Sediakan aplikasi di dua peranti. Apl itu akan menjana kod 5 digit atau kod QR. Buka apl di peranti ke-2 Pilih "Masukkan kod" dan masukkan kod atau hanya imbas kod dari peranti pertama. Semuanya dalam masa 30 saat sebaik di buka.

SAMBUNGAN SELAMAT
Semua komunikasi antara peranti haiwan peliharaan dan peranti pemilik disulitkan dengan selamat. Penyulitan standard industri memastikan hanya pemilik memperolehi akses ke strim video dan audio haiwan kesayangan mereka.

_________________
CUBA SECARA PERCUMA
Buddy: Dog Monitor & Pet Camera ada tempoh percubaan percuma. Cuba kesemua ciri kamera secara percuma. Jika anda puas hati, anda boleh beli langganan mingguan, bulanan atau tahunan.

Cuplikan Layar Aplikasi

Dog Monitor Buddy & Pet Cam Dog Monitor Buddy & Pet Cam Dog Monitor Buddy & Pet Cam Dog Monitor Buddy & Pet Cam Dog Monitor Buddy & Pet Cam Dog Monitor Buddy & Pet Cam Dog Monitor Buddy & Pet Cam

Versi Dog Monitor Buddy & Pet Cam